TUGASAN 2: Reka bentuk Kajian Tindakan (mengikut pengkhususan) 8:59 AM

Ahli kumpulan: Nurwahidah dan Hafis Md Dom
Subjek : Biologi
Topik : Variasi dan Perwarisan (Variation and Inheritance)
Subtopik : DNA (deoxyribonucleic acid)

Masalah

  • Terdapat beberapa tajuk dalam subjek Biologi yang dikatakan agak sukar untuk difahami. Sebagai contoh topik DNA yang perlu difahami dari segi konsep, struktur, komponen, fungsinya dalam organisma dan sebagainya.
  • Pelajar mungkin kurang berminat untuk mempelajari topik sedemikian kerana sukar membayangkannya, kurang menarik dan agak membosankan.
  • Jika tiada langkah penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan untuk mengatasi masalah tersebut, maka, objektif pengajaran yang dirancang tidak mungkin akan tercapai.

Penambahbaikan

Guru perlu memperbaiki cara atau teknik dalam setiap penyampaian maklumat melalui proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah

Strategi penambahbaikan

  • Gunakan ABM yang menarik, lengkap dengan ilustrasi dan peta minda
  • Gunakan Bahasa Inggeris yang mudah untuk difahami. Guru digalakkan mengajar dengan selang-selikan dengan penerangan dalam Bahasa Melayu bagi meningkatkan kefahaman pelajar
  • Gunakan pelbagai pendekatan seperti group work, brainstorming dan sebagainya bagi mengelakkan pelajar berasa bosan dengan pendekatan kuliah sahaja.

Pengumpulan data
Pemerhatian ke atas para pelajar
Temubual dan dapatkan maklum balas daripada pelajar (bertanyakan subtopik yang dianggap susah, kefahaman pelajar)
Temubual dengan guru yang lebih berpengalaman (tentang kaedah mengajar yang sesuai untuk pelajar kelas berkenaan)

Pemantauan
Jadual kerja
Senarai semak keperluan/ABM
Rancangan pengajaran harian

Penilaian
Penilaian sumatif dan formatif
Maklum balas daripada pelajar
Komen/Pendapat daripada guru kanan/penolong kanan semasa penilaian/pencerapan

LAPORAN ULASAN ARTIKEL JURNAL 3:11 AM

JURNAL 1


Tajuk : Developing capacity for social and emotional growth: an action research project
Pengarang : Mary Doveston
Tahun diterbitkan : 2007
Tempat diterbitkan : United Kingdom

Penerbit : Blackwell Publishing Ltd.


Ulasan :-

Masalah, sampel, setting kajian
  • Kajian tindakan ini dijalankan oleh seorang guru yang bertujuan untuk membina keyakinan diri pelajar dari aspek sosial dan emosi. Kajian ini dibuat berikutan kesukaran beliau untuk mewujudkan hubungan antara pelajar-pelajarnya yang sukar bekerja dan bermain bersama-sama

  • Kajian dijalankan ke atas 24 orang pelajar dari kelas campuran (mixed class) 3/4 yang berusia antara 7 hingga 9 tahun. Kebanyakan daripada mereka tinggal di kawasan perumahan estet dan mempunyai latar belakang sosial yang rendah

  • Kajian ini menggunakan pendekatan 'emancipatory' untuk memberikan keyakinan diri kepada pelajar supaya mereka dapat menyahut cabaran dalam memperkenalkan pembinaan sosial dan emosi

Prosedur

  • Model kajian: perancangan - implementasi - penilaian

  • Peringkat pertama kitaran kajian tindakan dibuat dengan merangka permasalahan melalui perbincangan rundingan (consultation) antara guru dan pelajar. Aktiviti ini dibuat bagi mendapatkan maklum balas pelajar terhadap soalan yang diajukan. Pelajar saling berkongsi pengalaman dan lebih tertumpu kepada penyelesaian masalah. Ia merupakan asas kepada tingkah laku kolaboratif (collaborative working)

  • Perancangan dibuat dengan memberikan surat kepada ibu bapa pelajar berkenaan tentang projek yang ingin dijalankan. Skrip ditulis bagi membentangkan isu berkaitan

  • Menentukan teknik yang sesuai untuk pengumpulan data

  • Menilai dan meneroka: sesi awal kelas, aktiviti/cabaran terhadap pelajar sebagai ko-penyelidik, pengumpulan data. 'Morning Meeting' merupakan komponen kepada pendekatan 'Responsive Classroom' yang melibatkan perkongsian, kemahiran mendengar, penyertaan dan penglibatan pelajar. Antara aktiviti yang dijalankan dalam pendekatan ini termasuklah role-play, permainan dan Co-operative Puzzle

  • Implementasi: guru dan pelajar membina dan mempelbagaikan tema serta kemahiran melalui sesi di dalam kelas

  • Penilaian: keseluruhan sesi kelas berdasarkan tema utama yang dibentuk hasil daripada maklumat pelajar dan guru

  • Pengumpulan data terakhir dan penilaian semula: penilaian dibuat secara individu terhadap pelajar, guru dan keseluruhan kelas

Pengumpulan data

  • Pentaksiran kemahiran

  • Soal selidik pelajar dan guru

  • Temubual secara individu



JURNAL 2

Tajuk : From reluctant teacher to empowered teacger-researcher: one educator's journey toward action research

Pengarang : Jeniffer Esposito and Shayla Smith

Tahun diterbitkan : 2006


Ulasan :-


Masalah, sampel, setting kajian

  • Kajian dibuat di sebuah sekolah awam di bandar Southeastern bagi mengenalpasti adakah tahap pembacaan pelajar boleh mempengaruhi pembelajaran mereka

  • Sebagai contoh, ujian "Criterion Referenced Competency" di bandar berkenaan menjadi syarat untuk pelajar dinaikkan ke gred 4 dan 6. Maka, pelajar gred 3 dan 5 mesti lulus dalam ujian tersebut untuk ke gred lebih tinggi

  • Pengkaji merupakan seorang guru yang mengajar pelajar gred 3 (berusia antara 8 hingga 9 tahun) di sekolah berkenaan. Beliau telah mengenalpasti 15 daripada 23 orang pelajarnya yang sering berada di bawah tahap gred lulus dalam tempoh 3 bulan hingga 3 tahun

  • Beliau menggunakan kajian Ina S. Harrison (1994) sebagai panduan untuk menjalankan kajian tindakannya. Dalam kajian Harrison, beliau menyatakan bahawa pelajar gred 3 yang bukan membaca untuk keseronokan selalunya tidak mempunyai motivasi untuk membaca. Mereka jarang sekali dilihat membaca buku sehingga menyebabkan pelajar tersebut mempunyai konsep kendiri dan esteem kendiri yang rendah. Maka, ini mengakibatkan prestasi pembelajaran mereka merosot

  • Pengkaji mendapati pelajarnya tidak mempunyai pengetahuan tentang kemahiran membaca menyebabkan mereka kurang membaca dan adakalanya tidak suka membaca

  • Maka, pengkaji memilih untuk mengadakan Accelerated Reader (AR), iaitu, program yang dianjurkan oleh Renaissance Learning Company untuk diaplikasikan di dalam kelasnya.

Prosedur

  • Pengkaji menggunakan kaedah ganjaran ekstrinsik jika pelajar mencapai objektif program untuk mengalakkan pembacaan dalam kalangan pelajar

  • Penganjuran pertandingan membaca untuk pelajar

  • Pelajar dibawa ke perpustakaan untuk mendapatkan bahan-bahan bacaan

  • Pelajar terbaik seterusnya dibawa untuk cabaran tahap berikutnya

  • Pelajar yang lemah dibawa ke perpustakaan dan pengkaji turut membaca bersama mereka

Pengumpulan Data

  • Temubual tidak formal bersama pelajar

  • Pemantauan atau soal selidik

  • AR Challenge Chart



JURNAL 3


Tajuk :Action research in the secondary science classroom: student response to differentiated, alternative assessment

Pengarang : Faith H. Waters, Patricia S. Smeaton, Todd G. Burns

Tahun diterbitkan : 2004


Ulasan :-


Masalah, sampel, setting kajian

  • Kajian ini dijalankan bagi mengkaji tindak balas pelajar terhadap implementasi model pentaksiran pembezaan alternatif bagi subjek Sains Bumi dan Angkasa di dalam kelas.
  • Selain itu, kajian ini juga dapat memberi faedah kepada pelajar secara praktikal melalui projek, pembentangan dan persembahan menggunakan beberapa elemen yang ditetapkan.
  • Sampel kajian yang digunakan ialah pelajar-pelajar sekolah menengah yang mengambil bidang Sains Bumi dan Agkasa.
  • Seramai 3250 orang pelajar dari sekolah bandar dan luar bandar yang terlibat dalam kajian tersebut.
  • Kajian terbahagi kepada dua fasa: fasa awal melibatkan pelajar-pelajar dari tiga kelas Sains Bumi dan Angkasa gred ke 79 dan fasa kedua melibatkan 47 orang pelajar dari dua kelas yang dipilih secara rawak dalam fasa awal.

Prosedur

  • Pelajar-pelajar dikehendaki membuat model pentaksiran pembezaan alternatif. Mereka perlu perlu berbincang dan berkongsi dengan guru untuk membentuk suatu rubrik.
  • Apabila pelajar telah memahami sistem pemarkahan, pelajar akan memasuki siri pemilihan yang melibatkan proses penilaian. Pelajar boleh memilih mana-mana aktiviti penilaian untuk diselesaikan, samada secara individu atau dalam kumpulan kecil.
  • pelajar-pelajar kemudian perlu memilih suatu produk untuk dicipta. Projek ini termasuklah model permainan (board games) dan model tiga dimensi, persembahan multimedia, laman web, brosur, surat khabar, penulisan formal atau kreatif, persembahan secara langsung, atau mana-mana kombinasi berkenaan.
  • Data dikumpul selepas penilaian dibuat pada fasa pertama menggunakan beberapa kaedah.
  • Prosedur bagi fasa kedua kemudiannya dibuat seperti dalam fasa pertama dan data dikumpulkan.

Pengumpulan Data

  • Kaji selidik (tingkah laku dan kepercayaan)
  • Temubual tidak formal
  • Kertas ujian (multiple-choices test)

Perbandingan (persamaan & perbezaan), penganalisisan, penilaian, pensintesisan dari segi sampel, setting, prosedur kajian tindakan, pengumpulan & penganalisisan data

  • Pengkaji sering menggunakan kaedah temubual dan kaji selidik bagi mengumpul data kajian. Namun, kaedah lain seperti ujian juga ada digunakan mengikut kesesuaian objektif kajian yang ingin dicapai oleh pengkaji
  • Berdasarkan ketiga-tiga kajian tindakan, pengkaji yang menggunakan kajian berbentuk kuantitatif (Jurnal 3) dan kualitatif (Jurnal 1 dan 2)
  • Beberapa kaedah kajian yang menarik digunakan dalam setiap kajian bagi memastikan objektif kajian tercapai. Antaranya ialah role play, permainan, model, penggunaan komputer dan multimedia (internet), dan sebagainya

LAPORAN SESI PEMBENTANGAN SEMINAR SERANTAU KE-4 (2009) 6:41 PM

TAJUK PEMBENTANGAN
Pemilihan Peserta Kajian dan Pemungutan Data Dalam Kajian Penyoalan Lisan Guru Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Kimia: Satu Pengalaman
NAMA PEMBENTANG
Zanaton Haji Iksan
SESI SELARI/POSTER
4A6
TEMA
-
TARIKH/MASA
20 Mei 2009 (Rabu)
MASA
3.40 - 4.00 petang
BILIK/TEMPAT
Ballroom Klana Resort,
Seremban, Negeri Sembilan
PENGERUSI
Dr. Norazah Mohd. Nordin
PENCATAT
Intan Nadiah Ahmad Mustapa
INTISARI PEMBENTANGAN:
  1. Pengkaji menggunakan kajian kualitatif dalam kajian penyoalan lisan guru. Beliau menggunakan dua strategi dalam kajiannya iaitu, strategi pemilihan peserta kajian melalui teknik persampelan dan 'network sampling' dan strategi pemungutan data melalui rakaman audio video dan temubual
  2. Pembentangan pengkaji lebih tertumpu kepada permasalahan dalam proses pemilihan peserta kajian dan pemungutan data kerana kajian kualitatif dikatakan memfokuskan kepada proses dalam sesuatu penyelidikan tersebut
  3. Pengkaji novis perlu merancang teknik kajian dengan teliti sebelum memulakan sesuatu kajian. Kadang kala pengkaji yang tidak berpengalaman perlu menggunakan teknik "cuba jaya" dan "mini kajian" bagi mengatasi sesuatu permasalahan dalam kajian

INTISARI PERBINCANGAN (SOAL-JAWAB):

Apakah aspek lain yang digunakan dalam pencerapan kajian selain daripada aspek kekerapan bertanya dan ’wait time’?
Aspek lain yang diambil kira dalam pencerapan ialah bentuk soalan yang digunakan oleh guru semasa proses pengajaran bagi menentukan samada dapat mencapai objektif pengajaran yang dirancang atau tidak. Pengkaji juga ingin melihat soalan yang diutarakan oleh guru tersebut berada pada tahap/peringkat mana.

Bagaimanakah data yang dapat diperoleh daripada kajian yang dikatakan menggunakan kaedah kualitatif?
Data diperoleh daripada pemerhatian pengkaji terhadap guru semasa proses pengajaran di dalam kelas bagi menghasilkan satu bentuk data (verbatim pengajaran). Data juga diperoleh melalui temubual yang dibuat selepas transkripsi pemerhatian terhadap guru dan pelajar.

Apakah halangan atau kekangan yang didapati semasa pencerapan hasil kajian?
i. Pelajar malu untuk menjawab soalan
ii. Pelajar tidak dapat menjawab soalan yang diutarakan oleh guru
iii. Pelajar khuatir jawapan yang diberikan adalah jawapan yang salah



CADANGAN:

-tiada-



TUGASAN 1 - ULASAN BUKU 8:59 PM

Tajuk buku : All You Need To Know About: Action Research
Pengarang : Jean McNiff & Jack Whitehead
Tahun diterbitkan : 2006
Tempat diterbitkan : London
Penerbit : SAGE Publications


Kajian tindakan mula berkembang dalam sains sosial sejak 1930an dan 1940an. Ia dipercayai bermula dengan hasil kerja yang dibentuk oleh John Collier (1930an) dan Kurt Lewin bersama rakan-rakannya pada tahun 1940an. Idea awal ini merupakan hasil koleksi mereka mengenai kitaran penyelesaian masalah untuk mereka memperbaiki sesuatu organisasi bagi meningkatkan kualiti dan prestasi organisasi tersebut. Sehingga kini, idea mereka telah menjadi alat untuk membuat penambahbaikan dalam bidang pendidikan. Kajian tindakan menjadi bertambah popular sebagai pembelajaran profesional dan telah dibangunkan dengan baik dalam bidang pendidikan.


Konsep kajian tindakan
Kajian tindakan berbeza daripada kajian-kajian lain dalam bidang pendidikan. Kajian tindakan adalah mengenai pembentukan idea oleh seseorang individu untuk membantu memperbaiki diri dalam amalan dan kebiasaan mereka. Ini bukan sahaja kajian yang dibuat oleh guru, malah setiap individu boleh melakukannya sebagai panduan dalam aspek pengurusan, pentadbiran dan dasar tertentu bagi pembangunan dan kemajuan individu atau organisasi itu sendiri.

Kajian tindakan ialah satu bentuk kajian inkuiri untuk mengenalpasti dan menilai hasil kerja seseorang individu atau organisasi. Kajian tindakan juga dikenali sebagai kajian berdasarkan praktis, iaitu bidang yang mengkaji tentang personaliti dan situasi sosial. Dalam bidang pendidikan sekolah, ia merupakan satu bentuk atau kaedah untuk membantu guru mempraktikkan teknik pengajaran dan pembelajaran mereka semasa mengajar. Melalui kajian tindakan ini, guru dapat memperbaiki dan meningkatkan kualiti teknik pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam bilik darjah.


Mengapa guru perlu buat kajian tindakan
  • Melalui kajian tindakan, guru dapat menjana atau menghasilkan suatu bentuk ilmu pengetahuan baru (a special kind of knowledge)
  • Dapat memperbaiki pemahaman seseorang individu
  • Membantu membina pengajaran kendiri untuk menggalakkan seseorang individu itu menjadi lebih positif serta memperbaiki personaliti dan keadaan sosialnya
  • Ilmu pengetahuan yang dibentuk melalui kajian tindakan ini seterusnya dapat membantu individu tersebut mempengaruhi pengajaran individu lain. Sebagai contoh, seorang guru boleh menggunakan kajian tindakan tersebut bagi memperbaiki mutu dan kualiti pelajarnya melalui kaedah pedagogi yang efektif
  • Menurut Heron (1998) dan Heron & Reason (2001), kajian tindakan juga berpotensi untuk memperkenalkan lebih banyak cara yang produktif dan berkesan. Maka, ia boleh dijadikan sebagai rujukan kepada individu atau organisasi lain
  • Kajian tindakan tidak hanya terhad kepada bidang pendidikan sahaja. Melalui kajian tindakan, para pengkaji dapat mengenalpasti lebih banyak cara kerja yang demokratik untuk pembangunan sesuatu organisasi (McNiff & Whitehead, 2000). Kajian tindakan juga dilihat sebagai satu kaedah (methodology) yang boleh digunakan untuk melakukan perubahan sosial dunia yang sebenar
  • Menjana atau membentuk teori tentang bagaimana pengajaran dapat memperbaiki pembelajaran (praktis)
  • Menggalakkan guru dan pendidik membuat refleksi terhadap masalah-masalah pendidikan yang dikenalpasti semasa aktiviti pengajaran, mengesan dan memperbaiki kelemahan dan kekurangannya, dan seterusnya mencapai tahap prestasi yang lebih baik serta berkesan

Teknik Pengumpulan Data

a) Pemerhatian dan rekod data bagi tindakan

Nota (field notes)

  • nota untuk tindakan yang dirancang
  • peta minda, diagram, gambar

Helaian rekod & jadual pemerhatian

  • untuk mengumpul data dan mengekalkan rekod
  • contoh: jadual pemerhatian, analisis tindakan, perwakilan piktorial

Analisis sosiometrik

  • dalam bentuk grafik

b) Pemerhatian dan rekod untuk pengajaran

Penulisan

  • prosa atau puisi (poetic)

Log peribadi & diari

  • rekod tindakan peribadi, refleksi terhadap tindakan dan hasil peningkatan kaedah pengajaran daripada tindakan tersebut

Soal selidik

  • cara mudah untuk mengumpul data
  • digunakan untuk mendapatkan panduan

Tinjauan dan temuduga

  • boleh dilakukan secara tertutup, semi-struktur, tinjauan terbuka dan temuduga
  • soalan tertutup (ya/tidak) lebih mudah dianalisis tapi kurang memberi maklumat
  • soalan terbuka (gerak balas individu) lebih sukar dianalisis tapi membekalkan banyak maklumat

Data yang dikumpul boleh disimpan dalam bentuk:-

a) dokumen

b) video

c) hasil kerja seni (artworks)

TUGASAN DR. IZHAM 12:49 PM

Berikan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan dan cara penyelesaiannya.


Sebab-sebab Orang Menentang Perubahan

1. Perubahan yang dibuat adalah bersifat drastik
2. Perubahan yang mengabaikan aspek-aspek tertentu dan tidak mengambil kira aspek-aspek setempat
3. Perubahan berlaku dalam skala yang besar dan melibatkan pelbagai pihak
4. Tiada matlamat atau tujuan yang jelas dalam perubahan yang dibuat menyebabkan ketidakpastian
5. Hanya memberi keuntungan kepada pihak-pihak tertentu sahaja
6. Perubahan yang dibuat dikhuatiri member lebih banyak kesan negatif berbanding objektif yang ingin dicapai
7. Strategi perlaksanaan yang kurang sesuai
8. Perubahan yang mengancam individu tertentu dan menyebabkan mereka berasa tidak selamat

Cara penyelesaian
1. Masa yang sesuai diperlukan untuk melaksanakan perubahan yang dirancang (tempoh masa yang lebih lama untuk perlaksanaannya)
2. Setiap perubahan perlu mengambil kira pelbagai aspek/norma/nilai/budaya setempat
3. Jika seseorang individu merancang untuk melakukan perubahan berskala besar;
a. tempoh masa yang lebih panjang diperlukan
b. perlu melibatkan ramai pihak
c. penggunaan kos yang tinggi (maka, perlu ada peruntukan yang mencukupi)

4. Perincian tentang perubahan yang bakal dibuat perlu lebih jelas daripada segi;
a. Tujuan/matlamat/objektif
b. Jadual perancangan untuk perubahan (time frame)
c. Individu yang bertindak mengurus, melaksana dan menilai perlu dilantik
d. Strategi-strategi atau langkah-langkah yang terlibat
5. Kajian atau penyelidikan perlu dibuat sebelum sebarang perubahan dilaksanakan
6. Perubahan yang dirancang mestilah memberi kesan yang positif dan selamat kepada semua pihak

KULIAH 3 - TEORI PERUBAHAN 12:40 PM

PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

Konsep Perubahan Dalam Pendidikan

1. Pendidikan-faktor utama (telah, sedang, akan) - menyediakan manusia/insan bagi menghadapi cabaran di masa hadapan
2. Perubahan dalam pendidikan tidak dapat dielakkan
3. Oliver (1996):
a. “The Management of Educational Change: A Case Study Approach
b. Perubahan lebih menggambarkan ciri-ciri pendidikan berbanding kestabilan

4. Perubahan kadang-kadang menyebabkan ketidakpastian
5. Ketidakpastian perlu dielak dalam pendidikan – JIKA TIDAK akan meruntuhkan masa depan generasi muda
6. Pendidikan – bidang yang dinamik (tidak statik), iaitu perubahan sentiasa berlaku dan individu-individu dalam bidang pendidikan sentiasa faham adanya perubahan tersebut dalam pendidikan
 Medium – kajian tindakan


Jenis-jenis Perubahan

Dessler (1995), terdapat 4 jenis perubahan :-
1. Perubahan ke arah peningkatan
a. Memberi kesan kepada komponen tertentu dalam organisasi
 Perubahan dalam struktur organisasi
 Memperkenalkan teknik baru (teknik = pengupaya [untuk peningkatan])
 Mengadakan program pembangunan staf untuk meningkatkan komitmen dan produktiviti staf dalam sesebuah organisasi

2. Perubahan strategik organisasi
a. Organisasi berubah mengikut persekitaran
b. Melibatkan keseluruhan organisasi seperti :-
 Mendefinisikan semula peranan organisasi
 Perubahan nilai teras organisasi – nilai yang mencerminkan kekuatan organisasi
 Pembentukan semula misi
 Perubahan struktur dan strategi organisasi
 Mendefinisikan semula staf dari segi tugas, peranan, tanggungjawab dan sistem ganjaran

3. Perubahan reaktif
 Disebabkan tuntutan/desakan/perkara yang telah berlaku tapi ingin diubah
 Perubahan mengakibatkan tindak balas langsung daripada pelanggan dan pihak berkepentingan (stakeholders)
i. Kepekaan pelanggan dan stakeholders terhadap isu-isu persekitaran dan etika memerlukan organisasi melakukan perubahan
ii. Perubahan daripada segi prosedur dan cara layanan pelanggan hendaklah dilakukan

4. Perubahan akibat daripada jangkaan
 Perubahan bukan disebabkan desakan pelanggan tapi wujudnya kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perlu diadakan peruabahan bagi memastikan organisasi memperoleh kebaikan kompetetif
 Sebab-sebab berlaku :-
i. Persiapan menghadapi pesaing baru
ii. Persiapan terhadap kemungkinan di mana berlakunya perubahan ke atas kehendak pelanggan
iii. Penciptaan baru teknologi yang memerlukan sesuatu organisasi berubah
iv. Persiapan bagi menghadapi perubahan polisi kerajaan
v. Perubahan dalam gaya tenaga kerja


Perubahan Adalah Kompleks

 Perubahan dikaitkan dengan proses evolusi dan revolusi
Evolusi = perubahan menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang
= menyebabkan kesan ketara dalam ‘status quo’

Revolusi = perubahan yang pantas
= perubahan yang meninggalkan kesan yang membinasakan

 Kompleksiti (kerumitan) perubahan merupakan fokus bagi mendapatkan maklumat tentang perubahan dan tindakan yang perlu diambil untuk mengimplimentasi perubahan


Perubahan Itu Multidimensi

 Sebarang keputusan untuk mengadakan perubahan melibatkan pertimbangan
 Pertimbangan – untuk mengenalpasti dimensi berkaitan perubahan
 6 dimensi :-
1. Tujuan perubahan
 Untuk mencapai tujuan-tujuan tertentu
 Mengadakan penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan/sistem
 Perubahan dalam system sedia ada melibatkan 2 jenis pindaan (perubahan peringkat pertama, first order change):
a) Perubahan untuk kembali kepada keadaan asal
b) Perubahan untuk meningkatkan pencapaian/keadaan sistem tanpa mengubahnya
 Melibatkan pindaan drastik dalam aspek sesuatu sistem seperti matlamat, kedudukan dan corak perhubungan sistem tersebut (Barrot & Raybould, 1998)- perubahan peringkat kedua (second order change)

2. Unit perubahan
 Merujuk kepada fokus utama sesuatu perubahan yang dirancang
 Unit-unit perubahan: individu (guru), kumpulan/pasukan, jabatan, organisasi, system organisasi (jabatan/kementerian), komuniti (masyarakat/PIBG)
 Dalam mengimplementasi perubahan, unit perubahan akan beranjak daripada individu (unit yang kecil) kepada organisasi (unit yang besar)

3. Sifat perubahan
 Daft (1983) – untuk menghasilkan perubahan pada unit lebih besar (peringkat organisasi), perubahan pada peringkat lebih kecil (peringkat individu) perlu dilakukan terlebih dahulu
 Ubah individu dengan mengubah sikap, tingkah laku atau kedua-dua sekali

4. Magnitud perubahan
 Merujuk kepada sejauhmana perubahan yang dirancang akan diimplementasikan
 Istilah seperti perubahan yang komprehensif, sistematik dan dalam skala besar sering dikaitkan dengan usaha-usaha untuk melakukan perubahan yang memberi impak besar
 Chambers (1977) – perubahan dalam skala besar memberikan hasil menarik tapi sukar diimplementasikan. Manakala, perubahan dalam skala kecil adalah lebih mudah diimplementasikan tapi tidak menunjukkan impak yang signifikan
 Teori Ketidaktentuan, Teori Kiosk

5. Skop perubahan
 Skop terhadap sejauhmana penambahbaikan/inovasi dalam perubahan dapat ditentukan menggunakan instrument penilaian
 Hall & Hord (2001) – menghasilkan satu instrument tahap-tahap penggunaan inovasi yang digunakanuntuk mengenalpasti respon individu terhadap sesuatu perubahan sikap dan amalan

6. Jangka masa perubahan
 Perubahan yang memberi kesan berkekalan merupakan perubahan yang Berjaya diimplementasikan berbanding perubahan yang memberi kesan sementara
 Pandangan berbeza daripada segi hubungan masa dan kesan perubahan;
a) Kottler (2001)-kajian terapi jangka pendek-telah mengenalpasti 3 jenis perubahan pada pelanggannya:
 Perubahan secara spontan yang tidak memberi kesan mendalam. Sikap dan amalan individu kembali kepada asal setelah kesan perubahan luput
 Perubahan minima dicapai setelah melalui penentangan awal
 Perubahan berterusan merupakan perubahan yang stabil, progresif dan kekal-jadi amalan dan budaya

b) Chambers (1977)
 Perubahan berbentuk kitaran (setiap perubahan dijangka berakhir dalam 10-15 tahun)
 Setiap kitaran bermula dengan tekanan dan diikuti pengubahsuaian terhadap perubahan yang diimplementasikan


Model-model Perubahan

1. Model penggabungan Roger
 Proses inovasi bermula apabila masalah/keperluan bahan telah dikenalpasti
 Masalah/keperluan ini mungkin berdasarkan penyelidikan keadaan semasa, kerja makmal/jangkaan pembangunan akan datang
 Apabila masalah/ keperluan telah dikenalpasti, penyelidik akan menyiasat permasalahan dan bagaimana ia diselesaikan. Fasa ini melibatkan eksperimen dan ciptaan yang banyak. Kemudiannya, menghasilkan inovasi.
 Rogers (1995) – inovasi tidak semestinya terhasil daripada penyelidikan. Inovasi mungkin terhasil daripada amalan praktikal di mana pengamal mencari jawapan kepada permasalahan
 Ia dikatakan sebagai knowing-in-action, iaitu inovasi yang dihasilkan melalui pengamalan menjadi penting dalam perubahan pendidikan

2. Model Kanter
 Kanter (1998) – struktur dan inovasi boleh difahami lebih baik jika proses inovasi dibahagikan kepada beberapa tugas utama. Terdapat 4 tugas inovasi :-
i. Penjanaan idea
ii. Membina idea
iii. Realisasi idea
iv. Pemindahan idea

3. Model Rand
 Berasaskan kajian Rand Corporation (1973-1978) dengan sokongan Pejabat Pendidikan Amerika Syarikat tentang perubahan pendidikan (Berman & McLaughlin, 1978)
 Tujuan utama kajian – menentukan faktor yang menyebabkan/menghalang perubahan pendidikan
 Memandu ke arah pengumpulan data dan analisis
 Berman & McLaughlin – proses perubahan di sekolah melibatkan 3 langkah :-
i. Daya usaha (initiation)
ii. Implementasi – mesti ada banyak pemantauan/pencerapan
iii. Penggabungan – perubahan perlu digabung dengan amalan sedia ada

4. Model ACOT
 Berasaskan Projek Apple Classroom of Tomorrow (ACOT), kajian pengenalan komputer di dalam bilik darjah
 Pengkaji membuat kesimpulan bahawa kehendak perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran (P & P) telah berkembang secara beransur-ansur
 Lima langkah perubahan dalam P & P :-
i. Kemasukan (entry)
ii. Memilih (adoption)
iii. Menyesuaikan (adaptation) – dengan kehendak tempat
iv. Penggunaan (appropriation)
v. Mereka cipta (invention)

KULIAH 1 11:48 AM


Ø Hikmah = kebijaksanaan (diberi oleh Allah)
Ø Pengetahuan = hasil pemahaman daripada maklumat
Ø Maklumat = hasil daripada pemprosesan data
Ø Data = apa yang diperoleh atau dicatat daripada pemerhatian


Kajian/penyelidikan = Suatu proses yang melibatkan langkah-langkah yang digunakan untuk mengumpul dan menganalisis data bagi mendapatkan dan meningkatkan kefahaman ke atas sesuatu topik atau isu


Kepelbagaian Definisi Penyelidikan

Manheim (1977)
Penyiasatan yang dilakukan dengan teliti dan mendalam secara bijak dan meluas mengenai sesuatu perkara atau subjek spesifik dengan tujuan meningkatkan dan meluaskan ilmu pengetahuan manusia sejagat

Helmstadter (1970)
Aktiviti penyelesaian masalah yang membawa kepada pengetahuan dan penemuan baru menggunakan kaedah pengenalpastian dan persoalan yang sering digunapakai oleh sarjana-sarjana dalam bidang tersebut

Woolf (1975)
Suatu penyiasatan atau ujikaji yang bertujuan untuk menemukan dan menginterpretasikan fakta-fakta mengulang semula teori yang diterima dalam penemuan baru atau amalan penggunaan teori atau undang-undang dan peraturan baru atau yang digunapakai semula

Rummel and Ballaine (Research & Methodology in Business)
Pengujian yang bertujuan mendapatkan atau menemukan maklumat atau perhubungan dan mengembangkan dan mengesahkan pengetahuan tersedia


Proses-proses Kajian (Umum)

1. Kenalpasti permasalahan

2. Kajian perpustakaan

3. Penentuan bagi pendekatan kajian

4. Pengumpulan dan penganalisisan data

5. Perbincangan bagi dapatan dan implikasi kajian
6. Pembentangan laporan kajian


Kepentingan Kajian Tindakan Pada Guru

1. Menambah pengetahuan
a) Mengkaji jurang dalam sesuatu bidang
b) Mereplikasikan sesuatu kajian lepas dengan mengujinya pada situasi atau sampel berlainan
c) Memperkembang pengetahuan sedia ada
d) Meluaskan perspektif
e) Memberitahu sesuatu amalan dengan mengembangkan pengetahuan baru
f) Kemahiran, teknik dan strategi yang dapat meningkatkan dan memberi impak pada pelajar

2. Menambahbaik amalan (praktis)
3. Mendebatkan sesuatu polisi
4. Membina kemahiran dalam melakukan penyelidikan


Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

1. Guru- penelitian, penyelidikan, pengkajian secara sistematik ke atas sesuatu amalan
2. Tujuan- penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran

Menurut Koshy (2005), kajian tindakan :-
Ø Melibatkan kajian terhadap amalan sendiri
Ø Melibatkan penyertaan (pengalaman)
Ø Membina teori daripada praktis
Ø Berasaskan situasi
Ø Sangat berguna dalam penyelesaian masalah sebenar
Ø Berhadapan dengan individu, kumpulan yang bertujuan memperbaiki praktis
Ø Berkenaan penambahbaikan
Ø Melibatkan analisis, refleksi dan penilaian
Ø Dapat membimbing perubahan melalui inkuiri


Jenis-jenis Kajian Tindakan

a. Individu
# Fokus terhadap sesuatu isu di dalam bilik darjah
# Contoh:
i. Mendapatkan penyelesaian berkenaan masalah pengurusan bilik darjah
ii. Strategi pengajaran
iii. Pembelajaran pelajar

b. Kolaboratif
*Melibatkan lebih daripada dua orang guru (contoh: guru daripada bidang yang sama atau bidang yang berbeza, atau antara guru dan pihak luar seperti pensyarah universiti)
*Fokus terhadap sesuatu isu atau permasalahan di dalam bilik darjah

c. Peringkat sekolah (organisasi)
# Fokus pada satu isu yang sama di peringkat sekolah
# Contoh: cara untuk meningkatkan penglibatan aktif ibu bapa dalam PIBG

d. Peringkat daerah
# Fokus pada satu isu yang sama dalam kalangan beberapa sekolah di peringkat daerah