LAPORAN SESI PEMBENTANGAN SEMINAR SERANTAU KE-4 (2009) 6:41 PM

TAJUK PEMBENTANGAN
Pemilihan Peserta Kajian dan Pemungutan Data Dalam Kajian Penyoalan Lisan Guru Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Kimia: Satu Pengalaman
NAMA PEMBENTANG
Zanaton Haji Iksan
SESI SELARI/POSTER
4A6
TEMA
-
TARIKH/MASA
20 Mei 2009 (Rabu)
MASA
3.40 - 4.00 petang
BILIK/TEMPAT
Ballroom Klana Resort,
Seremban, Negeri Sembilan
PENGERUSI
Dr. Norazah Mohd. Nordin
PENCATAT
Intan Nadiah Ahmad Mustapa
INTISARI PEMBENTANGAN:
  1. Pengkaji menggunakan kajian kualitatif dalam kajian penyoalan lisan guru. Beliau menggunakan dua strategi dalam kajiannya iaitu, strategi pemilihan peserta kajian melalui teknik persampelan dan 'network sampling' dan strategi pemungutan data melalui rakaman audio video dan temubual
  2. Pembentangan pengkaji lebih tertumpu kepada permasalahan dalam proses pemilihan peserta kajian dan pemungutan data kerana kajian kualitatif dikatakan memfokuskan kepada proses dalam sesuatu penyelidikan tersebut
  3. Pengkaji novis perlu merancang teknik kajian dengan teliti sebelum memulakan sesuatu kajian. Kadang kala pengkaji yang tidak berpengalaman perlu menggunakan teknik "cuba jaya" dan "mini kajian" bagi mengatasi sesuatu permasalahan dalam kajian

INTISARI PERBINCANGAN (SOAL-JAWAB):

Apakah aspek lain yang digunakan dalam pencerapan kajian selain daripada aspek kekerapan bertanya dan ’wait time’?
Aspek lain yang diambil kira dalam pencerapan ialah bentuk soalan yang digunakan oleh guru semasa proses pengajaran bagi menentukan samada dapat mencapai objektif pengajaran yang dirancang atau tidak. Pengkaji juga ingin melihat soalan yang diutarakan oleh guru tersebut berada pada tahap/peringkat mana.

Bagaimanakah data yang dapat diperoleh daripada kajian yang dikatakan menggunakan kaedah kualitatif?
Data diperoleh daripada pemerhatian pengkaji terhadap guru semasa proses pengajaran di dalam kelas bagi menghasilkan satu bentuk data (verbatim pengajaran). Data juga diperoleh melalui temubual yang dibuat selepas transkripsi pemerhatian terhadap guru dan pelajar.

Apakah halangan atau kekangan yang didapati semasa pencerapan hasil kajian?
i. Pelajar malu untuk menjawab soalan
ii. Pelajar tidak dapat menjawab soalan yang diutarakan oleh guru
iii. Pelajar khuatir jawapan yang diberikan adalah jawapan yang salah



CADANGAN:

-tiada-



0 comments:

Post a Comment