LAPORAN ULASAN ARTIKEL JURNAL 3:11 AM

JURNAL 1


Tajuk : Developing capacity for social and emotional growth: an action research project
Pengarang : Mary Doveston
Tahun diterbitkan : 2007
Tempat diterbitkan : United Kingdom

Penerbit : Blackwell Publishing Ltd.


Ulasan :-

Masalah, sampel, setting kajian
  • Kajian tindakan ini dijalankan oleh seorang guru yang bertujuan untuk membina keyakinan diri pelajar dari aspek sosial dan emosi. Kajian ini dibuat berikutan kesukaran beliau untuk mewujudkan hubungan antara pelajar-pelajarnya yang sukar bekerja dan bermain bersama-sama

  • Kajian dijalankan ke atas 24 orang pelajar dari kelas campuran (mixed class) 3/4 yang berusia antara 7 hingga 9 tahun. Kebanyakan daripada mereka tinggal di kawasan perumahan estet dan mempunyai latar belakang sosial yang rendah

  • Kajian ini menggunakan pendekatan 'emancipatory' untuk memberikan keyakinan diri kepada pelajar supaya mereka dapat menyahut cabaran dalam memperkenalkan pembinaan sosial dan emosi

Prosedur

  • Model kajian: perancangan - implementasi - penilaian

  • Peringkat pertama kitaran kajian tindakan dibuat dengan merangka permasalahan melalui perbincangan rundingan (consultation) antara guru dan pelajar. Aktiviti ini dibuat bagi mendapatkan maklum balas pelajar terhadap soalan yang diajukan. Pelajar saling berkongsi pengalaman dan lebih tertumpu kepada penyelesaian masalah. Ia merupakan asas kepada tingkah laku kolaboratif (collaborative working)

  • Perancangan dibuat dengan memberikan surat kepada ibu bapa pelajar berkenaan tentang projek yang ingin dijalankan. Skrip ditulis bagi membentangkan isu berkaitan

  • Menentukan teknik yang sesuai untuk pengumpulan data

  • Menilai dan meneroka: sesi awal kelas, aktiviti/cabaran terhadap pelajar sebagai ko-penyelidik, pengumpulan data. 'Morning Meeting' merupakan komponen kepada pendekatan 'Responsive Classroom' yang melibatkan perkongsian, kemahiran mendengar, penyertaan dan penglibatan pelajar. Antara aktiviti yang dijalankan dalam pendekatan ini termasuklah role-play, permainan dan Co-operative Puzzle

  • Implementasi: guru dan pelajar membina dan mempelbagaikan tema serta kemahiran melalui sesi di dalam kelas

  • Penilaian: keseluruhan sesi kelas berdasarkan tema utama yang dibentuk hasil daripada maklumat pelajar dan guru

  • Pengumpulan data terakhir dan penilaian semula: penilaian dibuat secara individu terhadap pelajar, guru dan keseluruhan kelas

Pengumpulan data

  • Pentaksiran kemahiran

  • Soal selidik pelajar dan guru

  • Temubual secara individu



JURNAL 2

Tajuk : From reluctant teacher to empowered teacger-researcher: one educator's journey toward action research

Pengarang : Jeniffer Esposito and Shayla Smith

Tahun diterbitkan : 2006


Ulasan :-


Masalah, sampel, setting kajian

  • Kajian dibuat di sebuah sekolah awam di bandar Southeastern bagi mengenalpasti adakah tahap pembacaan pelajar boleh mempengaruhi pembelajaran mereka

  • Sebagai contoh, ujian "Criterion Referenced Competency" di bandar berkenaan menjadi syarat untuk pelajar dinaikkan ke gred 4 dan 6. Maka, pelajar gred 3 dan 5 mesti lulus dalam ujian tersebut untuk ke gred lebih tinggi

  • Pengkaji merupakan seorang guru yang mengajar pelajar gred 3 (berusia antara 8 hingga 9 tahun) di sekolah berkenaan. Beliau telah mengenalpasti 15 daripada 23 orang pelajarnya yang sering berada di bawah tahap gred lulus dalam tempoh 3 bulan hingga 3 tahun

  • Beliau menggunakan kajian Ina S. Harrison (1994) sebagai panduan untuk menjalankan kajian tindakannya. Dalam kajian Harrison, beliau menyatakan bahawa pelajar gred 3 yang bukan membaca untuk keseronokan selalunya tidak mempunyai motivasi untuk membaca. Mereka jarang sekali dilihat membaca buku sehingga menyebabkan pelajar tersebut mempunyai konsep kendiri dan esteem kendiri yang rendah. Maka, ini mengakibatkan prestasi pembelajaran mereka merosot

  • Pengkaji mendapati pelajarnya tidak mempunyai pengetahuan tentang kemahiran membaca menyebabkan mereka kurang membaca dan adakalanya tidak suka membaca

  • Maka, pengkaji memilih untuk mengadakan Accelerated Reader (AR), iaitu, program yang dianjurkan oleh Renaissance Learning Company untuk diaplikasikan di dalam kelasnya.

Prosedur

  • Pengkaji menggunakan kaedah ganjaran ekstrinsik jika pelajar mencapai objektif program untuk mengalakkan pembacaan dalam kalangan pelajar

  • Penganjuran pertandingan membaca untuk pelajar

  • Pelajar dibawa ke perpustakaan untuk mendapatkan bahan-bahan bacaan

  • Pelajar terbaik seterusnya dibawa untuk cabaran tahap berikutnya

  • Pelajar yang lemah dibawa ke perpustakaan dan pengkaji turut membaca bersama mereka

Pengumpulan Data

  • Temubual tidak formal bersama pelajar

  • Pemantauan atau soal selidik

  • AR Challenge Chart



JURNAL 3


Tajuk :Action research in the secondary science classroom: student response to differentiated, alternative assessment

Pengarang : Faith H. Waters, Patricia S. Smeaton, Todd G. Burns

Tahun diterbitkan : 2004


Ulasan :-


Masalah, sampel, setting kajian

  • Kajian ini dijalankan bagi mengkaji tindak balas pelajar terhadap implementasi model pentaksiran pembezaan alternatif bagi subjek Sains Bumi dan Angkasa di dalam kelas.
  • Selain itu, kajian ini juga dapat memberi faedah kepada pelajar secara praktikal melalui projek, pembentangan dan persembahan menggunakan beberapa elemen yang ditetapkan.
  • Sampel kajian yang digunakan ialah pelajar-pelajar sekolah menengah yang mengambil bidang Sains Bumi dan Agkasa.
  • Seramai 3250 orang pelajar dari sekolah bandar dan luar bandar yang terlibat dalam kajian tersebut.
  • Kajian terbahagi kepada dua fasa: fasa awal melibatkan pelajar-pelajar dari tiga kelas Sains Bumi dan Angkasa gred ke 79 dan fasa kedua melibatkan 47 orang pelajar dari dua kelas yang dipilih secara rawak dalam fasa awal.

Prosedur

  • Pelajar-pelajar dikehendaki membuat model pentaksiran pembezaan alternatif. Mereka perlu perlu berbincang dan berkongsi dengan guru untuk membentuk suatu rubrik.
  • Apabila pelajar telah memahami sistem pemarkahan, pelajar akan memasuki siri pemilihan yang melibatkan proses penilaian. Pelajar boleh memilih mana-mana aktiviti penilaian untuk diselesaikan, samada secara individu atau dalam kumpulan kecil.
  • pelajar-pelajar kemudian perlu memilih suatu produk untuk dicipta. Projek ini termasuklah model permainan (board games) dan model tiga dimensi, persembahan multimedia, laman web, brosur, surat khabar, penulisan formal atau kreatif, persembahan secara langsung, atau mana-mana kombinasi berkenaan.
  • Data dikumpul selepas penilaian dibuat pada fasa pertama menggunakan beberapa kaedah.
  • Prosedur bagi fasa kedua kemudiannya dibuat seperti dalam fasa pertama dan data dikumpulkan.

Pengumpulan Data

  • Kaji selidik (tingkah laku dan kepercayaan)
  • Temubual tidak formal
  • Kertas ujian (multiple-choices test)

Perbandingan (persamaan & perbezaan), penganalisisan, penilaian, pensintesisan dari segi sampel, setting, prosedur kajian tindakan, pengumpulan & penganalisisan data

  • Pengkaji sering menggunakan kaedah temubual dan kaji selidik bagi mengumpul data kajian. Namun, kaedah lain seperti ujian juga ada digunakan mengikut kesesuaian objektif kajian yang ingin dicapai oleh pengkaji
  • Berdasarkan ketiga-tiga kajian tindakan, pengkaji yang menggunakan kajian berbentuk kuantitatif (Jurnal 3) dan kualitatif (Jurnal 1 dan 2)
  • Beberapa kaedah kajian yang menarik digunakan dalam setiap kajian bagi memastikan objektif kajian tercapai. Antaranya ialah role play, permainan, model, penggunaan komputer dan multimedia (internet), dan sebagainya

0 comments:

Post a Comment