TUGASAN 1 - ULASAN BUKU 8:59 PM

Tajuk buku : All You Need To Know About: Action Research
Pengarang : Jean McNiff & Jack Whitehead
Tahun diterbitkan : 2006
Tempat diterbitkan : London
Penerbit : SAGE Publications


Kajian tindakan mula berkembang dalam sains sosial sejak 1930an dan 1940an. Ia dipercayai bermula dengan hasil kerja yang dibentuk oleh John Collier (1930an) dan Kurt Lewin bersama rakan-rakannya pada tahun 1940an. Idea awal ini merupakan hasil koleksi mereka mengenai kitaran penyelesaian masalah untuk mereka memperbaiki sesuatu organisasi bagi meningkatkan kualiti dan prestasi organisasi tersebut. Sehingga kini, idea mereka telah menjadi alat untuk membuat penambahbaikan dalam bidang pendidikan. Kajian tindakan menjadi bertambah popular sebagai pembelajaran profesional dan telah dibangunkan dengan baik dalam bidang pendidikan.


Konsep kajian tindakan
Kajian tindakan berbeza daripada kajian-kajian lain dalam bidang pendidikan. Kajian tindakan adalah mengenai pembentukan idea oleh seseorang individu untuk membantu memperbaiki diri dalam amalan dan kebiasaan mereka. Ini bukan sahaja kajian yang dibuat oleh guru, malah setiap individu boleh melakukannya sebagai panduan dalam aspek pengurusan, pentadbiran dan dasar tertentu bagi pembangunan dan kemajuan individu atau organisasi itu sendiri.

Kajian tindakan ialah satu bentuk kajian inkuiri untuk mengenalpasti dan menilai hasil kerja seseorang individu atau organisasi. Kajian tindakan juga dikenali sebagai kajian berdasarkan praktis, iaitu bidang yang mengkaji tentang personaliti dan situasi sosial. Dalam bidang pendidikan sekolah, ia merupakan satu bentuk atau kaedah untuk membantu guru mempraktikkan teknik pengajaran dan pembelajaran mereka semasa mengajar. Melalui kajian tindakan ini, guru dapat memperbaiki dan meningkatkan kualiti teknik pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam bilik darjah.


Mengapa guru perlu buat kajian tindakan
  • Melalui kajian tindakan, guru dapat menjana atau menghasilkan suatu bentuk ilmu pengetahuan baru (a special kind of knowledge)
  • Dapat memperbaiki pemahaman seseorang individu
  • Membantu membina pengajaran kendiri untuk menggalakkan seseorang individu itu menjadi lebih positif serta memperbaiki personaliti dan keadaan sosialnya
  • Ilmu pengetahuan yang dibentuk melalui kajian tindakan ini seterusnya dapat membantu individu tersebut mempengaruhi pengajaran individu lain. Sebagai contoh, seorang guru boleh menggunakan kajian tindakan tersebut bagi memperbaiki mutu dan kualiti pelajarnya melalui kaedah pedagogi yang efektif
  • Menurut Heron (1998) dan Heron & Reason (2001), kajian tindakan juga berpotensi untuk memperkenalkan lebih banyak cara yang produktif dan berkesan. Maka, ia boleh dijadikan sebagai rujukan kepada individu atau organisasi lain
  • Kajian tindakan tidak hanya terhad kepada bidang pendidikan sahaja. Melalui kajian tindakan, para pengkaji dapat mengenalpasti lebih banyak cara kerja yang demokratik untuk pembangunan sesuatu organisasi (McNiff & Whitehead, 2000). Kajian tindakan juga dilihat sebagai satu kaedah (methodology) yang boleh digunakan untuk melakukan perubahan sosial dunia yang sebenar
  • Menjana atau membentuk teori tentang bagaimana pengajaran dapat memperbaiki pembelajaran (praktis)
  • Menggalakkan guru dan pendidik membuat refleksi terhadap masalah-masalah pendidikan yang dikenalpasti semasa aktiviti pengajaran, mengesan dan memperbaiki kelemahan dan kekurangannya, dan seterusnya mencapai tahap prestasi yang lebih baik serta berkesan

Teknik Pengumpulan Data

a) Pemerhatian dan rekod data bagi tindakan

Nota (field notes)

  • nota untuk tindakan yang dirancang
  • peta minda, diagram, gambar

Helaian rekod & jadual pemerhatian

  • untuk mengumpul data dan mengekalkan rekod
  • contoh: jadual pemerhatian, analisis tindakan, perwakilan piktorial

Analisis sosiometrik

  • dalam bentuk grafik

b) Pemerhatian dan rekod untuk pengajaran

Penulisan

  • prosa atau puisi (poetic)

Log peribadi & diari

  • rekod tindakan peribadi, refleksi terhadap tindakan dan hasil peningkatan kaedah pengajaran daripada tindakan tersebut

Soal selidik

  • cara mudah untuk mengumpul data
  • digunakan untuk mendapatkan panduan

Tinjauan dan temuduga

  • boleh dilakukan secara tertutup, semi-struktur, tinjauan terbuka dan temuduga
  • soalan tertutup (ya/tidak) lebih mudah dianalisis tapi kurang memberi maklumat
  • soalan terbuka (gerak balas individu) lebih sukar dianalisis tapi membekalkan banyak maklumat

Data yang dikumpul boleh disimpan dalam bentuk:-

a) dokumen

b) video

c) hasil kerja seni (artworks)

0 comments:

Post a Comment