Sejarah Kajian Tindakan 8:20 AM

Konsep kajian tindakan bermula pada tahun 1946 dan dipelopori oleh seorang ahli psikologi sosial bernama Kurt Lewin. Pendekatan kajian tindakan ini mula digunakan selepas Perang Dunia Kedua dalam usaha menyelesaikan pelbagai masalah dalam komuniti. Beliau mengutamakan dua idea penting yang menjadi asas kepada pendekatan kajian tindakan, iaitu keputusan kumpulan dan komitmen kepada peningkatan kerja. Kedua-dua idea ini menegaskan usaha kolaboratif dalam sesuatu kumpulan dan meningkatkan mutu prestasi kerja (Kemmis dan McTaggart, 1988).

Kajian tindakan sebenarnya telah lama digunakan dalam bidang pendidikan. Pada tahun 1953, idea asal Kurt Lewin seterusnya diperkembangkan oleh Stephen Corey di Teacher’s College, Columbia University, New York. Beliau telah kaedah ini sebagai pendekatan penyelidikan yang diselenggarakan oleh guru-guru di sekolah. Kaedah ini juga turut digunakan dalam Ford Teaching Project di United Kingdom oleh John Elliot (1976) dan rakan-rakannya sebagai pendekatan untuk membantu guru-guru menggabungkan dan mengembangkan proses inkuiri dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Penggunaan kaedah kajian tindakan kini semakin meluas di kalangan pendidik di luar negara. Di Eropah, pelaksanaan Kajian Tindakan merupakan sebahagian daripada usaha untuk mengubah dan meningkatkan mutu pendidikan di sekolah. Menurut Kemmis dan McTaggart (1998), mereka telah mengembangkan Kajian Tindakan tersebut di Australia sebagai satu alat empirikal dan sistematik untuk meningkatkan prestasi guru-guru di sekolah.

0 comments:

Post a Comment