APA ITU KAJIAN TINDAKAN? 9:09 AM

Kajian tindakan adalah salah satu bentuk pendekatan bersifat penyelidikan yang boleh digunakan oleh guru dalam P&P dalam bilik darjah. Oleh kerana kemampuan pendekatan ini dalam menyelesaikan permasalahan dalam bilik darjah maka penggunaan teknik ini perlu difikirkan. Sebenarnya kajian tindakan telah lama diguna pakai dalam bidang pendidikan. Bagi pengamal kajian tindakan, didapati bahawa kajian ini menggalakkan kreativiti dan inovasi guru dalam meneroka amalan pengajaran yang baru. Menurut Menueur Mcniff ( 1988);

“Action research implies adopting a deliberate opens to new experiences and processes, and, as such, demands that the action of educational research is itself educational research is itself education. By consciously engaging in their own education development, teachers gain both professionally and personally; and it is this personal commitment that counts in the process of human enquiry”

Kajian tindakan merupakan satu aktiviti sistematik yang dilakukan dalam usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pengajaran seseorang guru. Proses kajian kajian mementingkan proses tindakan dan refleksi. Maka aktiviti kajian tindakan adalah suatu proses yang aktif yang melibatkan perancangan, pelkaksanaan, pemerhatian serta renungan terhadap tindakan dan kesannya ke atas pelajar. Melalui penerangan ini dapatlah dirumuskan bahawa kajian tindakan merupakan satu keperluan guru untuk memahami suatu situasi persekitaran yang sebenar dalam P&P dengan tujuan untuk memperbaiki atau mengubah amalan guru. Perubahan dan penambahbaikan amalan guru adalah penting kerana ia merupakan salah satu kunci kepada kejayaan dalam meningkatkan lagi kualiti P&P peribadi khasnya dan mutu pendidikan di sekolah amnya.



0 comments:

Post a Comment